Wednesday, August 25, 2010

Wrestling

seperti biasa sahur di restoran mamak disekitar kampus gua adalah 1 rutin yang agak harian bagi gua kerana waktu sahur gua bukan makan banyak pun..cukuplah sekadar roti sardin dan 1 teh tarik gelas besar untuk mengalas perut gua pada keesokkan harinya..

pada waktu pagi dinihari ni, pengusaha restoran banyak menayangkan cerita wrestling dari perlawanan bola sepak ataupun kuliah sebelum subuh..ia sedikit sebanyak menghampakan diri gua yang sentiasa inginkan semangat motivasi pada pagi hari..

menonton cerita gusti sedikit sebanyak mengingatkan gua pada arwah atuk gua yang sudah 7 bulan meninggal dunia..mana taknya pantang gua balik kampung pasti cerita wrestling dijadikan sajian tontonan untuk kami..walaupun cerita sudah diulang beratus kali sampai cd-cd wrestling dah ada calar,tengok pun sampai gambar di televisyen lekat-lekat tapi ia sedikit pun tidak pernah melunturkan semangat atuk gua yang meminati stonecold steve austin..

sekarang sudah masuk 15 ramadhan, cuma tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut aidilfitri..gua sedih,kerana ini kali pertama gua beraya tanpa atuk gua..

**************************************

Al-Fatihah untuk:-

1) Ahmad bin Taib
2) Saari bin Mohammed

6 comments:

mirachantek said...

alfatihah juga buat arwah pak aku n atok ku

ada said...

eleh.ni mesti dulu minat undertaker ni kan. ;p

Daffodil D said...

cukup ke roti sardin n teh tarik je utk perut kamu?


ps : alfatihah.

N D Z said...

alfatihah

Kuwe said...

alfatihah.

tak lelaki langsung sahur kedai mamak.

I_Hate_Lolipop said...

al fatihah....

hidup harus ceria..